Postingan

Menampilkan postingan dari Maret, 2018

Dua beradik didakwa ragut, cederakan warga emas di Kota Bharu

Gambar
    KOTA BHARU : Dua lelaki yang juga pasangan adik beradik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas tuduhan meragut beg tangan seorang wanita warga emas di tepi jalan, Jalan Hamzah, 25 Februari lalu. Kedua-dua tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mengikut pertuduhan, Mohd Shahrel Mat Esa, 33 tahun dan adiknya Mohammad Faris Mat Esa, 27 tahun didakwa telah merompak secara berkumpulan ke atas seorang warga emas,  Wong Chui Ling, 72 tahun. Mereka kemudiannya didakwa telah mengambil beg tangan yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, dua kad ATM, wang tunai dan telefon bimbit sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM700 pada 25 Februari pada jam 11.55 pagi. Pasangan adik beradik berkenaan dengan salah seorang darinya penjawat awam didakwa di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Mohammad Faris Mat Esa, 27 tahun turut dikenakan satu lagi pertuduhan ia...